Thursday, April 11, 2013

Air Oh Air.....









Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah akhirnya dapat juga meng'update' blog yang telah bersawang sekian lama. Cuaca di bandar Kuantan pagi ni mendung aje. Kebetulan pulak hari ni ada Majlis Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia. Disini masyarakat bandar mendapat akses kepada perkhidmatan dari pelbagai agensi di bawah satu bumbung melalui Program Transformasi Bandar. 


 Ini adalah pejabat saya yang mana turut berada di UTC.

Tapi bukan mengenai UTC yang nak dikatakan, topik utama ialah masalah AIR. Air Oh Air. Di dalam kesibukan  menganjurkan pelbagai program dan aktiviti, bandar Kuantan kini dibelenggu dengan masalah ketiadaan air. Sebelum ini saya ada dengar beberapa tempat yang menghadapi masalah ketiadaan air, semalam dikawasan rumah saya terlibat sama.  


Kepada pihak PAIP (Pengurusan Air Pahang Berhad), tolonglah selesaikan masalah ketiadaan air ni secepat mungkin. 

Panjang pulak membebel pagi2 buta nie, ok lah jap lagi nk ke UTC utk sambung tugas sambil lihat program2 yang berlangsung disana. Salam Ceria dan Senyum Sokmo dari saya......



2 comments:

  1. http://suzilanor.blogspot.com/
    your blog is very beautifull
    .. nice post..

    comment back

    ReplyDelete
  2. Blogwalking here.. http://iriskitchen.blogspot.com/2015/02/asam-rebus-batang-keladi.html

    ReplyDelete